Lantang Sokong Keterbukaan, Inovasi

2019-11-08 14:55:02  CRI
Share with:

Para peserta Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao melahirkan komitmen untuk menyokong globalisasi ekonomi dan sistem perdagangan multilateral.

Forum Hongqiao wadah dialog peringkat tinggi yang berfokus pada iklim perniagaan, kecerdasan buatan (AI), pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), e-dagang dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua juga sedang berlangsung di Shanghai. 

Daripada tapak ekspo hinggalah dewan forum, kedengaran suara lantang yang menyokong keterbukaan dan inovasi di setiap pelosok. Ini pasti akan menghimpunkan tenaga untuk menentang amalan perlindungan dan menyokong globalisasi serta membawa ekonomi dunia keluar dari lembah kemelesetan. 

林莹