Kerja Susulan Berkaitan RCEP Diatur

2019-11-08 12:56:24  CRI
Share with:

Kerja-kerja susulan berkaitan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjadi fokus mesyuarat eksekutif Dewan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Li Keqiang Rabu lalu. 

Pada sidang kemuncak RCEP ketiga di Bangkok baru-baru ini, 15 anggota telah selesai merundingkan 20 fasal perjanjian dan semua piawaian akses pasaran.

Kemajuan itu dipercayai akan membantu merangsang keyakinan pasaran, penaiktarafan industri dan pasaran kerja serta menangani tekanan kemerosotan ekonomi dunia.

Seterusnya, China akan menggalakkan penjalinan perjanjian perdagangan bebas bertaraf tinggi dengan lebih banyak negara dan membina sistem  baharu ekonomi terbuka pada taraf lebih tinggi demi pembangunan bersama yang saling untung. 

 

梁靓