Singkap Babak Baharu dalam Keterbukaan

2019-11-08 14:17:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125194860_15729407674281n

Sepertimana yang berulang kali ditekankan Presiden Xi Jinping, pintu China yang sedia terbuka akan semakin luas.

Dalam majlis perasmian Forum Asia Boao (BFA) tahun lepas, Xi menyatakan kerajaan menyokong inisiatif provinsi Hainan untuk merintis pembinaan pelabuhan perdagangan bebas bercirikan China secara berperingkat.

Semasa Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua di Beijing pada April tahun ini, Xi menyatakan China yang semakin terbuka akan menjalankan interaksi lebih baik dengan dunia untuk membawa kemajuan dan kemakmuran lebih ketara kepada semua. 

Dalam ucaptamanya pada perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai tahun lepas, "keterbukaan" telah disebut sebanyak 52 kali oleh Presiden Xi. 

Ketika perasmian CIIE kedua pula, beliau mengumumkan inisiatif baharu China untuk membangunkan ekonomi dunia yang terbuka, bersifat bekerjasama, inovatif dan berkongsi melalui sinergi. Juga diumumkan, langkah-langkah baharu China bagi menggalakkan keterbukaan bertaraf lebih tinggi.

Pada Ahad ini, Xi akan memulakan lawatan ke Greece, kemudian menghadiri sidang kemuncak BRICS di Brazil. Kisah keterbukaan China akan menyingkap babak baharu.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘