Sains, Teknologi Sinari Masa Depan

2019-11-09 14:36:29  CRI
Share with:
Pusingan baharu revolusi sains dan teknologi serta transformasi industri kini berada pada titik penting dalam sejarah, sementara ekonomi semakin berintegrasi dengan sains dan teknologi. 

Dalam pada itu, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) merupakan wadah praktik yang penting dengan memperkenalkan produk, teknologi dan perkhidmatan yang baharu dan canggih dari seluruh dunia.

Inovasi sains dan teknologi penggerak utama bagi pembangunan. Teknologi, sektor dan model baharu perlu dipraktikkan di pasaran untuk menjadi pemacu ekonomi. Begitu banyak produk berteknologi tinggi yang dibawa ke CIIE membuktikan keyakinan terhadap potensi pasaran China. 

Pada masa ini, adalah mustahak untuk mewujudkan titik pertumbuhan baharu bagi menghadapi tekanan kemelesetan ekonomi dunia akibat bangkitnya unilateralisme dan amalan perlindungan. 

Produk-produk berteknologi canggih yang dipamerkan pada CIIE dipercayai akan menghasilkan penggerak baharu untuk pertumbuhan sejagat. 
张弘