Fitnah Pompeo Undang Bantahan

2019-11-09 15:04:52  CRI
Share with:

China sekali lagi mengemukakan bantahan keras susulan kenyataan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang penuh mentaliti Perang Dingin dan konsep mainan campur-tolak serta memburuk-burukkan sistem politik China dan sengaja menggembar-gemburkan teori "ancaman China".

Dalam rangka lawatan di Jerman kelmarin, Pompeo mendakwa cabaran yang dibawa Parti Komunis China (PKC) merumitkan masalah pembangunan rangkaian telekomunikasi Jerman.

Sebelum itu, Pompeo juga pernah menyatakan kepada media bahawa perlunya memastikan semua negara tahu akan risiko berhubung PKC serta kesan jangka panjangnya jika risiko itu dibiarkan.

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang berkata, PKC selaku parti pemerintah sentiasa mewakili dan mempertahankan kepentingan rakyat dalam perjuangannya hampir 100 tahun. Perbuatan yang berniat merosakkan hubungan antara rakyat China dengan PKC, satu bentuk provokasi yang pasti akan gagal.

Kenyataan Pompeo amat berbahaya dan tidak sesuai dengan prestijnya sebagai Setiausaha Negara AS, juga mendedahkan niatnya untuk mengaut modal politik melalui sikap anti-China.

Pompeo digesa berhenti membuat tuduhan tidak berasas bagi mengelakkan kepentingan diri terjejas. 

张弘