Xi: Bina Angkatan Udara Bertaraf Dunia

2019-11-09 14:42:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125210493_15732220603921n

Presiden Xi Jinping menekankan perlunya usaha diperhebat untuk mengasah Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) secara menyeluruh hingga menjadikannya pasukan bertaraf dunia.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), telah menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Angkatan Udara PLA di pinggir bandar Beijing semalam.

Ketika melawat Muzium Penerbangan China di Daerah Changping, beliau meletakkan bakul bunga di depan monumen dan menyampaikan penghormatan kepada pahlawan angkatan tentera.

Ujarnya, jasa pahlawan patut dikenang buat selama-lamanya dan semangat perjuangan mereka harus diwarisi dari generasi ke generasi.

Selepas itu, Xi telah mengunjungi pameran bertema sama dan bertemu dengan wakil unit dan individu teladan dari angkatan udara.

Beliau menyatakan di bawah pimpinan PKC, angkatan udara telah merangkul pencapaian cemerlang dalam pembangunan sepanjang tujuh dekad, sekali gus memberi sumbangan luar biasa untuk menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Angkatan udara yang kini berada pada titik permulaan baharu hendaklah meneruskan perjuangan untuk melakar kecemerlangan lebih besar.

张弘