China dan Rusia Eratkan Koordinasi Strategik

2019-11-14 11:55:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125231248_15737033939991n

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Viladimir Putin mengadakan pertemuan di Brasilia semalam waktu tempatan.

Xi menyatakan, situasi antarabangsa sering berubah dengan rumit dan drastik pada masa ini, dan faktor yang tidak stabil dan tidak menentu semakin bertambah. China dan Rusia perlu mengeratkan koordinasi strategik, berganding bahu memelihara order asas hubungan antarabangsa, menentang unilateralisme, perlakuan yang bersifat membuli serta campur tangan terhadap urusan negara lain, dan memelihara kedaulatan dan keselamatan negara masing-masing supaya dapat bersama-sama mewujudkan suasana antarabangsa yang saksama dan adil. Kedua-dua negara ini akan mendorong pelbagai pihak terlibat memperkukuh perpaduan dan kerjasama bagi menyuarakan isyarat positif dari negara-negara BRICS untuk mengekalkan mutilateralisme dan sistem perdagangan pelbagai hala.

Putin pula menyatakan, berdepan situasi antarabangsa kini, Rusia dan China sepatutnya tegas menyokong usaha memelihara kedaulatan, keselamatan dan hak pembangunan negara masing-masing. Rusia penuh keyakinan terus meningkatkan skala dan tahap perdagangan dua hala, mempercepat penyelarasan persatuan ekonomi Eurasia dengan pelaksanaan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI), mengintensifkan kerjasama dalam bidang industri, pertanian, angkasa lepas, penerbangan, sumber tenaga dan kewangan. Serentak itu, pertukaran lawatan sosiobudaya dan pertukaran daerah perlu dipertingkat. Rusia bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam rangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) terutamanya dalam bidang keselamatan dan anti keganasan. 

图片默认标题_fororder_1125231248_15737035187451n

曹捷