Produk Makanan Buatan China Dipromosikan dalam Pameran Indonesia

2019-11-14 11:34:18  CRI
Share with:

Pameran Makanan Antarabangsa Indonesia 2019 dirasmikan di Pusat Ekspo Antarabangsa di Jakarta, Indonesia semalam. Dalam pameran yang berlangsung selama tiga hari ini, Kementerian Perdagangan China mengetuai sebahagian syarikat makanan domestik mempamerkan produk makanan buatan China, dan menyelenggarakan pameran makanan China yang berjenama untuk kali pertama, dengan tujuannya giat mempromosikan jenama China, menjadikan lebih banyak produk makanan China yang berjenama, istimewa dan berkualiti tinggi dipasarkan di Indonesia, dan menyediakan platform pertukaran yang pragmatik bagi syarikat China dan Indonesia.

Pavilion pameran makanan buatan China yang seluas hampir 600 meter persegi menghimpunkan sebanyak 58 buah syarikat yang berprestij dari 18 buah provinsi dan bandar termasuk Shanghai, Jiangsu dan Zhejiang yang masing-masing membawa produk mereka untuk dipamer yang melibatkan makanan ringan, makanan tin, perasa, sayur beku dan segar, kulat yang boleh dimakan dan produk sampingannya serta permesinan pembungkus.  

曹捷