Thailand Berusaha Sediakan Perkhidmatan Terbaik kepada Pelancong China

2019-11-14 14:31:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_bfe1ab21-57ca-45dc-8aee-eccec3cd0712

Tahun ini akan berakhir dan Tahun Baharu Cina pun akan datang tidak lama lagi. Kerajaan Thailand dan jabatan pelancongan akan berusaha dengan sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang paling baik kepada pelancong China. Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakan berujar demikian dalam temu bual dengan wartawan semalam.

Phiphat menyatakan, kerajaan Thailand terlebih dahulu mempertimbangkan pasaran China ketika menggubal dasar pelancongan kerana pelancong China amat penting bagi industri pelancongan Thailand. Angka berkenaan menunjukkan, jumlah pelancong China ke Thailand mencatat 10.5 juta orang pada tahun lalu. Dijangka angka itu pada tahun ini juga akan melebihi 10 juta, menjadikan China kekal negara sumber pelancong paling besar bagi Thailand.

Menurut beliau, pihaknya akan giat mendorong kerjasama industri pelancongan dengan China serta mempromosikan pakej pelancongan baharu yang istimewa demi memenuhi keperluan para pelancong China yang semakin varia. 

曹捷