China Mampu Realisasikan Matlamat Ekonomi

2019-11-15 15:55:04  CRI
Share with:

Menurut angka yang diumumkan Biro Statistik Negara China semalam, ekonomi China kekal beroperasi dengan stabil dan perkembangannya kelihatan mantap pada keseluruhannya dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini. Berdepan perkembangan ekonomi sejagat yang menjadi perlahan dan faktor luaran yang tidak stabil dan tidak menentu yang semakin bertambah, China tetap mengekalkan perkembangan ekonomi dengan stabil. Kehebatan ini menggambarkan ekonomi China mempunyai ketabahan dan potensi yang amat besar.

Prestasi ekonomi China dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, boleh disifatkan dengan satu kata, iaitu 'stabil'. Menghadapi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kuncup, China tetap mengekalkan pertumbuhan yang pesat dalam bidang perdagangan luar dan pelaburan luar. Serentak itu, struktur ekonomi China terus dioptimumkan, sektor perkhidmatan moden terus berkembang, transformasi perindustrian sedang dipergiatkan, manakala penggunaan dinaiktarafkan. Kesemua ini dilihat sebagai enjin penggerak bagi pertumbuhan ekonomi China.

Pencapaian tersebut tidak terlepas dari pelaksanaan dasar yang dikemaskini dan inovasi yang terus dijalankan oleh sektor korporat.

Pada masa ini, China menumpukan perhatian yang semakin besar terhadap keseimbangan antara permintaan dometik dengan permintaan luar, penggunaan dengan pelaburan, malah memfokuskan inovasi yang menjana pembangunan. China mampu merealisasikan matlamat ekonomi sepanjang tahun dan memelihara pembangunan yang berkualiti tinggi. 

曹捷