Intensifkan Perkongsian Revolusi Industri Baharu BRICS

2019-11-15 13:41:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125233875_15737623202831n

Sidang Kemuncak BRCIS ke-11 yang dihadiri Prsesiden China, Xi Jinping, Presiden Brazil Jair Bolsonaro, Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa telah diadakan di Brasilia semalam waktu tempatan. Lima pemimpin negara tersebut telah bertukar-tukar pandangan secara mendalam berdasarkan tema utama “Cipta Masa Depan Inovatif Melalui Peningkatan Ekonomi”. Banyak konsensus turut tercapai setelah perbincangan mereka tentang kerjasama negara BRICS dan isu antarabangsa penting yang menarik perhatian bersama.

Dalam ucapan penting yang bertajuk “berusaha bersama untuk memulakan fasa kerjasama baharu”, Presiden Xi menegaskan negara BRICS perlu mencadangkan dan melaksanakan fahaman multilateral, mewujudkan persekitaran keselamatan yang tenteram dan stabil, memegang peluang zaman dalam pembaharuan dan inovasi, mendorong perkembangan perkongsian rakan revolusi industri baharu negara BRICS, menggalakkan saling belajar dan terus memperluas interaksi sosiobudaya. Menurut beliau, China akan terus mengekalkan pelaksanaan dasar pintu terbuka, mendorong pembinaan bersama yang berorientasikan kualiti tinggi dalam pelaksanaan Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI), berusaha mewujudkan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Empat pemimpin negara yang lain pula menyatakan negara BRICS saling menyokong jalan pembangunan yang terpilih masing-masing, dan usaha negara masing-masing dalam melindungi kedaulatan, keselamatan serta kepentingan pembangunan negara dan menangani perselisihan melalui dialog. Selain itu, pelbagai negara anggota perlu memperluas perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain, meningkatkan kerjasama dalam bidang inovasi sains serta tekonolgi, ekonomi digital, sumber tenaga, kewangan, kesalinghubungan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi serta meningkatkan interaksi sosiobudaya.

Pemimpin dari kelima-lima negara ini bersetuju untuk berusaha bersama-sama mengintensifkan mekanisme kerjasama BRICS supaya merealisasikan pembangunan bersama.

图片默认标题_fororder_1125233875_15737623133131n

张宪