Peratusan Pembatalan Tarif Dibincangkan

2019-11-15 14:24:52  CRI
Share with:

Peratusan pembatalan tarif harus menjadi satu cerminan yang berkaitan dengan peri pentingnya perjanjian fasa pertama rundingan ekonomi dan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS). Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berujar demikian di Beijing semalam.

Gao berkata, kedua-dua pihak sedang membincangkan isu tersebut secara mendalam. China bersedia berusaha bersama dengan AS, menangani keprihatinan masing-masing dengan baik berdasarkan sama rata dan saling menghormati supaya dapat menyediakan syarat kepada pencapaian perjanjian fasa pertama. 

曹捷