Tempahan Diperoleh Usahawan Singapura dalam CIIE ke-2 Melebihi Jumlah Tahun Lalu

2019-11-16 15:13:18  CRI
Share with:


Menurut pengumuman Persatuan Perniagaan Singapura (SBF) semalam, usahawan Singapura mencapai hasil memuaskan dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2, terbukti dengan tercapainya kontrak tempahan yang bernilai RMB1.3 bilion (RM794 juta). 

Dalam tempoh CIIE ke-2 yang sudah berakhir, syarikat-syarikat Singapura dan rakan kerjasama mereka dari China telah menandatangani 26 MOU yang nilainya melebihi yang tercapai pada tahun yang lalu yang merekodkan RMB780 juta (RM462 juta). 

Sebelum ini, SBF mengetuai sebanyak 84 buah syarikat Singapura dari bidang logistik, pengangkutan, kewangan, pendidikan, kesihatan, makanan dan sains serta teknologi untuk menyertai CIIE ke-2 yang berlangsung di Shanghai, China.

张宪