China dan Laos Fokus Pembangunan Pelancongan

2019-11-17 16:04:16  CRI
Share with:


Dalam Pasar Pelancongan Antarabangsa China (CITM) 2019 yang diadakan di bandar Kunming, provinsi Yunnan baru-baru ini, pegawai dari badan pelancongan, usahawan dan sarjana dari Laos dan China telah menghadiri Seminar Pengajian Pembangunan Pelancongan Yunnan-Laos untuk membincangkan masa depan kerjasama provinsi Yunan dengan Laos dalam bidang pelancongan. Xiong Liying, Penyelidik Madya dari Institut Asia Tenggara Akademi Sains Sosial Yunnan,berpendapat, China dan Laos perlu menubuhkan satu gabungan persatuan pelancongan, mendorong pembinaan infrastruktur, membina sistem penilaian kredit pelancongan bagi syarikat kerjasama pelancongan dan kemasukan pelancong China-Laos di samping terus meningkatkan pembinaan sistem keselamatan pelancongan dua hala. 

Naib Presiden Akademi Sains Sosial Negara Laos pula menyatakan kedua-dua pihak perlu mengambil peluang pada saat menjelang landasan kereta api China-Laos siap dibina untuk menarik lebih ramai pelancong Laos ke China, manakala menarik lebih ramai orang China melawat ke Laos. 2019 merupakan tahun pelancongan China-Laos. Jumlah pelancong China ke Laos pada tiga suku pertama tahun ini telah  meningkat 26% berbanding tahun yang lalu, dengan mencapai 757 ribu orang.

张宪