Vietnam Komited Terajui Rundingan COC

2019-11-19 13:38:50  CRI
Share with:

Vietnam akan menyandang negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun 2020.

Naib Menteri Luar Vietnam, Nguyen Quoc Dung dalam sidang media semalam berkata, negara itu akan mengadakan kira-kira 300 aktiviti yang merangkumi persidangan peringkat tinggi, pameran, sesi promosi pelancongan dan temasya sukan pada tahun depan.

Beliau juga berkata, China dan negara-negara AESAN mempunyai hasrat bersama untuk mempercepat rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC).
 
Sehubungan dengan itu, Vietnam akan bekerjasama dengan Filipina yang juga selaku negara penyelaras hubungan China-ASEAN dalam menyelesaikan rundingan pusingan kedua pada tahun 2020.


 

张哲