ADMM-Plus Ke-6 di Bangkok

2019-11-19 14:08:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_8052ca74-c0e6-4c33-b105-6df552fc90c6

Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN dengan rakan dialog (ADMM-Plus) ke-6 diadakan di Bangkok, Thailand petang semalam.

Kenyataan Bersama ADMM-Plus mengenai Peningkatan Kerjasama Keselamatan Berterusan dibahaskan dan diluluskan dalam mesyuarat tersebut.

Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dalam ucapannya turut menyatakan kesediaan China untuk bersama-sama dengan pelbagai negara bagi menggalakkan kemajuan pembangunan mekanisme ADMM-Plus, mempergiat kerjasama pragmatik, meningkatkan pertukaran, mendorong pembangunan komuniti berkongsi nasib sesama insan, memelihara keselamatan, kestabilan dan kedamaian kekal di rantau Asia-Pasifik.

Wei Fenghe juga bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan sejawatannya dari Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat (AS) mengenai kerjasama ketenteraan dan isu yang menjadi tumpuan bersama sempena mesyuarat tersebut.

张弘