Wang Yang Lawat Laos

2019-11-20 12:52:54  CRI
Share with:

Pengerusi  Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Wang Yang telah mengadakan lawatan rasmi ke Laos pada 16 hingga 19 November ini.

Wang Yang ketika menemui Setiausaha Agung  Parti Revolusi Rakyat Laos, Presiden Laos, Bounnhang Vorachit, menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan komunikasi strategik dalam isu berkepentingan antara kedua-dua pihak, menggalakkan penyelarasan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dengan strategi "Mengubah Negara yang Dilingkungi Daratan ke Negara Dihubungkan Daratan", mendorong pembinaan koridor ekonomi China-Laos serta mengadakan dialog secara menyeluruh pelbagai peringkat.

Bounnhang Vorachit berkata, Laos bersedia melaksanakan pelan pembinaan komuniti berkongsi nasib dengan China, saling menyokong dalam isu yang berkaitan dengan kepentingan masing-masing, meningkatkan penyelarasan dalam isu serantau dan antarabangsa, serta bersama-sama menggalakkan hubungan dua hala berkembang ke arah lebih komprehensif dan berkualiti.

胡星