Rondaan Bersama Sungai Mekong Ke-88 Dimulakan

2019-11-20 13:54:55  CRI
Share with:

Rondaan bersama China, Laos, Myanmar dan Thailand di Sungai Mekong kali ke-88 dilancarkan di pelabuhan Guanlei, China semalam. Di samping itu, upcara penyampaian bendera pasukan China yang akan ditempatkan di dua pusat perhubungan di Laos turut diadakan.

Pelbagai pusat perhubungan telah memainkan peranan besar dalam tindakan bersama membanteras jenayah, menangani kes kecemasan, penyelamatan air, kerjasama penguatkuasaan undang-undang serta logistik untuk rondaan bersama, disambut baik dan dinilai tinggi oleh pihak berkuasa dan rakyat pelbagai negara terlibat.

Selain rondaan bersama, empat negara ini akan mengadakan pelbagai aktiviti interaksi termasuk pertunjukan kemahiran memandu kapal, persembahan dan lain-lain. Latihan bersama juga akan diadakan di kawasan Segi Tiga Emas.

张弘