Presiden Xi Ditemui Kristalina Georgieva

2019-11-22 16:16:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125264645_15744267542601n

Presiden China, Xi Jinping ditemui Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva di Beijing hari ini. 

Xi berkata, pihaknya menyarankan konsep tadbir urus global yang berorentasikan perbincangan, membina dan berkongsi bersama, menentang keras amalan perlindungan, serta memelihara sistem perdagangan multilateral yang diketuai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
 
China berharap agar IMF terus memainkan peranan aktif dalam agenda perdagangan global, menjaga pasaran kewangan dunia yang adil dan terbuka, serta menggalakkan orde antarabangsa ke arah yang lebih adil dan rasional. 

Xi berkata, China komited untuk mempergiat kerjasama dengan IMF dan akan terus mengekalkan konsep pembangunan baharu selain berusaha memperkasakan keterbukaan ke tahap yang lebih tinggi bagi menawarkan lebih banyak peluang kepada pertumbuhan ekonomi dunia. 

Sementara itu, Kristalina Georgieva pula berkata, pihaknya mengutamakan kerjasama dengan China dan komited untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib, serta mempergiat kerjasama dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta membantu negara-negara membangun mewujudkan pembangunan yang lebih baik.
覃淼