Larian Pupuk Persahabatan China, Malaysia

2019-11-25 12:39:16  CRI
Share with:

Satu larian persahabatan dianjurkan di Kota Kinabalu semalam bagi menyambut ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Lebih 3,000 orang termasuk wakil kerajaan dan penduduk tempatan, staf syarikat China dan pelajar dari China telah menyertai aktiviti itu.

Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide berharap aktiviti seumpama membolehkan persahabatan lebih terpahat di hati rakyat, di samping membantu mempertingkat persefahaman serta pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah, Oh Ei Sun menyatakan larian tersebut bertujuan mengatur aktiviti luar yang menyihatkan tubuh badan untuk penduduk tempatan, sekali gus mempererat persahabatan dua negara. 

Acara juga dikatakan bagi meningkatkan pemahaman orang ramai terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

张弘