Vietnam Siar Kertas Putih Pertahanan

2019-11-26 15:01:13  CRI
Share with:

Vietnam menyiarkan kertas putih pertahanan 2019 dalam satu majlis di Hanoi petang semalam.

Timbalan Menteri Pertahanan, Nguyen Chi Vinh berkata, pihaknya akan terus memperkasakan kerjasama dengan negara-negara lain bagi meningkatkan kemampuan membela negara dan menangani pelbagai cabaran keselamatan.

Beliau menekankan Vietnam tidak menyertai sebarang perikatan tentera mahupun bersekutu dengan mana-mana negara untuk melawan negara lain.

Vietnam juga tidak mengizinkan negara asing membina pangkalan tentera atau menggunakan wilayahnya untuk menyerang negara lain, serta tidak menggunakan atau mengancam menggunakan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

徐国玮