Sidang Kemuncak Korea Selatan-ASEAN Berakhir

2019-11-27 12:31:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_峰会现场

图片默认标题_fororder_韩国总统文在寅与与会的东盟十国领导人在峰会开始前合影

Sidang kemuncak khas antara Korea Selatan dan ASEAN melabuhkan tirai di Busan semalam.

Acara selama dua hari telah dipengerusikan bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha. 

Turut hadir, Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi dan pemimpin negara-negara anggota.

Para peserta telah menandatangani satu kenyataan bersama untuk membina perkongsian demi keamanan dan kemakmuran bersama.

Kedua-dua pihak akan terus memperdalam perkongsian strategik, menjadikan visi "komuniti perpaduan, keamanan dan kestabilan" ASEAN sebagai matlamat bersama, di samping menggalakkan pengaliran barangan dan perkhidmatan secara lebih bebas.

Berhubung isu keselamatan pula, Moon Jae-in berkata Korea Selatan akan meningkatkan kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan, keganasan, ekstremisme dan lain-lain masalah keselamatan bukan konvensional.

梁靓