Singapura Tingkat Kawalan Keselamatan Data

2019-11-28 16:10:34  CRI
Share with:

Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam Singapura semalam mengemukakan lima cadangan bagi mencegah kebocoran data dan meningkatkan kemampuan respons kecemasan badan perkhidmatan awam.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam surat kepada jawatankuasa itu menyatakan kerajaan akan menerima kesemua cadangan tersebut. 

Lee menyifatkan data sebagai nadi ekonomi digital dan e-kerajaan. Penggunaan data dengan lebih baik akan membawa kepada perkhidmatan awam yang lebih memuaskan. 

Katanya, kerajaan perlu melindungi keselamatan data dan privasi, di samping memastikan inovasi digital tidak terhambat. Ini amat penting bagi pelbagai sektor khususnya penjagaan kesihatan.

Dalam tempoh dua tahun lalu, berlaku banyak insiden kebocoran data membabitkan sektor awam Singapura. Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam ditubuhkan pada Mac lalu untuk meningkatkan keselamatan data berkenaan.

徐国玮