Perusahaan China Dialu-alukan Melabur di Provinsi Ayeyarwady, Myanmar

2019-11-30 14:29:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2 中国驻缅甸大使陈海(右四)和缅甸伊洛瓦底省首席部长吴拉貌昂(右五)出席勃生工业园码头动工仪式

Upacara pecah tahah dermaga Taman Industri Pathein Myanmar diadakan semalam, disertai Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai, wakil-wakil Persatuan Perusahaan China di Myanmar dan Menteri Kanan Provinsi Ayeyarwady, U Hla Moe Aung serta pegawai-pegawai tempatan.

U Hla Moe Aung berkata, Provinsi Ayeyarwady yang berlokasi di bahagian barat daya Myanmar merupakan provinsi yang populasi kedua terbesar di negara itu dengan jumlah penduduk 6.3 juta orang. Provinsi itu juga merupakan tempat pengeluaran hasil perikanan dan pertanian utama. Kerajaan Myanmar kini mengutamakan perkembangan sektor pertanian, industri, infrastruktur dan pengangkutan, serta mengalu-alukan perusahaan China melabur di Ayeyarwady dengan memperkenalkan pelbagai dasar keutamaan.

图片默认标题_fororder_3 缅甸伊洛瓦底省投资推介会在勃生举行

Duta Besar China, Chen Hai pula berkata, China dan Myanmar sedang bekerjasama dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) dan Koridor Ekonomi China-Myanmar. Terdapat semakin banyak perusahaan China dijangka akan menaruh perhatian kepada Provinsi Ayeyarwady demi mewujudkan pembangunan bersama.
 

张哲