Sambutan Ulang Tahun ke-8 Pusat China-ASEAN

2019-11-30 15:02:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1f9039f25c780a8af64a49314bfcc20

图片默认标题_fororder_微信图片_20191130145625

图片默认标题_fororder_a3146e05f0c59b235700bed09065772

Sambutan ulang tahun ke-8 Pusat China-ASEAN diadakan di Beijing semalam. 

Penolong Menteri Luar China, Chen Xiaodong yang menghadiri aktiviti tersebut berkata, hubungan rakan strategik China-ASEAN telah memasuki era pembangunan komprehensif yang baharu. Kerjasama pragmatik dua hala amat berhasil. China dan ASEAN perlu terus bekerjasama untuk meningkatkan taraf kerjasama dan menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan serantau demi kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak.

Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Chen Dehai dalam sambutan itu berkata, Pusatnya akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membuat sumbangan lebih besar kepada perkembangan hubungan China-ASEAN.

Duta Besar Thailand ke China, Arthayudh Srisamoot memuji usaha yang diwujudkan Pusat China-ASEAN sejak tahun 2011 dan berkata, 23 projek utama dan lebih kurang 100 aktiviti yang dianjurkan Pusat tersebut telah menjadi contoh baik dalam meningkatkan persefahaman antara rakyat China dan ASEAN. 
 

梁靓