Hegemoni AS Pasti Temui Kebuntuan

2019-12-01 16:14:06  CRI
Share with:
Kumpulan Media China(CMG) menerbitkan artikel pengulas yang bertajuk "Hegemoni AS Pasti Menemui Kebuntuan dalam Sejarah."
Artikel itu berbunyi bahawa penguatkuasaan "Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong" oleh AS sekali lagi mempertunjukkan terang-terangan hegemoni dan politik kuasa kuat yang bergaya AS. Ia bukan sahaja dibantah oleh kerajaan dan rakyat China, tetapi juga dikritik masyarakat antarabangsa.
Hegemoni dan politik kuasa kuat merupakan ciri-ciri utama dalam dasar luar AS, malah ia diperhebatkan bersama unilateralisme oleh kerajaan semasa. Perbuatan AS itu menjadikan negara itu faktor tidak stabil yang utama di dunia, sekali gus menjadi halangan bagi kedamaian dan pembangunan dunia.
Menurut artikel itu, kedamaian dan pembangunan merupakan hasrat bersama manusia pada abad ke-21. Di samping itu, demokrasi hubungan antarabangsa dan kepelbagaian kutub merupakan arus perdana. Amalan hegemoni oleh AS hanya akan menjejaskan maruahnya dan membawa negara itu menemui jalan kebuntuan.
张哲