China, Negara Sumber Pelancong Terbesar Vietnam

2019-12-01 14:54:41  CRI
Share with:

China telah menjadi negara sumber pelancong terbesar bagi Vietnam, dengan menyumbang 5 juta daripada 16 juta pelancong asing yang melawat Vietnam setakat November tahun ini.

Demikian dilaporkan Jabatan Pelancongan Vietnam semalam.

Pelancong asing dari negara Asia ke Vietnam telah mencecah 13 juta orang pada 11 bulan pertama tahun ini, menempati 79.6% dalam jumlah keseluruhan pelancong asing ke Vietnam, iaitu meningkat 18.2% berbanding tahun lepas. Pelancong dari China, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Thailand menunjukkan peningkatan yang tertentu. Di antaranya jumlah pelancong China meningkat 15.1% berbanding tahun 2018, dengan mencecah 5.2 juta orang.

Disember ialah musim puncak pelancongan Vietnam. Oleh itu, matlamat Vietnam untuk menerima pelancong asing seramai 17.5 juta hingga 18 juta orang sepanjang tahun 2019 dianggap boleh dicapai. 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
梁靓