Identiti Penyerang di Jambatan London Diumumkan

2019-12-01 14:21:05  CRI
Share with:

Identiti pengganas dalam kejadian serangan keganasan di Jambatan London yang mengakibatkan dua maut, tiga lagi cedera pada petang kelmarin, telah dikenalpasti pihak polis London semalam, iaitu Usman Khan, 28 tahun. 

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Polis London, Neil Basu, penyerang tersebut pernah dipenjarakan bermula tahun 2012 sehingga Disember 2018 atas tuduhan pencetusan keganasan . 

Terdapat beberapa orang kelihatan bergelut di Jambatan London pada sekitar pukul 2 petang kelmarin, seterusnya kelihatan seorang lelaki mengamuk dan menikam dengan pisaunya sehingga beberapa orang cedera. Akhirnya, anggota polis London menembak mati penyerang itu dan menangkap seorang suspek lelaki.

Kes tersebut disifatkan oleh polis London sebagai serangan keganasan. Siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan, namun masih belum mendapati suspek lagi yang berkaitan dengan serangan kali ini.

梁靓