China Laksana Peraturan Baharu berkaitan Makanan

2019-12-02 14:11:38  CRI
Share with:


Semakan terbaru peraturan bagi pelaksanaan undang-undang keselamatan makanan China mula berkuat kuasa pada bulan ini. 

Berhubung isu-isu keselamatan makanan yang dijual beli secara dalam talian, semakan terbaru ini memperuntukkan bahawa platform jualan pihak ketiga mempunyai kewajipan untuk menyimpan maklumat pendaftaran peniaga dan urus niaga.

Peraturan tersebut juga menetapkan hukuman yang lebih berat ke atas syarikat yang sengaja melanggar undang-undang dan menyebabkan akibat yang teruk, selain ganti rugi lebih besar kepada pengguna.

张宪