Festival Filem Hainan Buka Tirai

2019-12-02 11:44:07  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_CqgNOl3j3qmAbuHNAAAAAAAAAAA092.1080x769.620x442

Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan kedua membuka tirai di bandar Sanya semalam.

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dalam ucapannya berkata, CMG akan berusaha untuk menerbitkan lebih banyak filem unggul pada masa depan. 


Beliau berharap pembuat filem dari seluruh pelosok dunia dapat menjadikan festival tersebut platform pertukaran bagi menyumbang kepada perkembangan dunia filem serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan diadakan buat pertama kalinya pada 2018.  Festival tahun ini menawarkan Hadiah Kelapa Emas yang menjadi rebutan 1,495 filem dari 80 negara dan wilayah. 

图片默认标题_fororder_CqgNOl3j3qmAENXlAAAAAAAAAAA473.1080x798.620x459

 

曹捷