Akta AS Disifatkan Satu Provokasi

2019-12-02 13:05:29  CRI
Share with:


Ramai yang telah menyifatkan penguatkuasaan Akta Hak Asasi dan Demokrasi Hong Kong sebagai langkah Amerika Syarikat (AS) untuk mencampuri urusan dalaman dan menghambat pembangunan China.

Tokoh terkemuka dari pelbagai negara beranggapan ini satu provokasi serius terhadap rakyat China, dan mendedahkan pemikiran hegemoni pihak AS.

Penulis dari Perancis, Maxime Vivas menyatakan memang jelas AS mencampuri hal ehwal domestik China, maka perlulah ditegaskan semula bahawa Hong Kong milik China. 

Bekas ketua jabatan ehwal antarabangsa negeri Hessen, Jerman, Dr. Michael Borchmann pula berkata, AS suka mencampuri urusan negara lain. Eropah juga menjadi mangsa. Misalnya, AS pernah memberi amaran kepada Jerman tatkala negara itu bakal mencapai perjanjian perdagangan dengan Rusia.

Prof. Silvia Menegazzi dari jurusan politik Universiti Luiss Rom yang juga felo penyelidik kanan Pusat Pengajian China Kontemporari di Itali menyatakan tidak mencampuri urusan negara lain merupakan prinsip asas hubungan antarabangsa.

张宪