Akta Baharu Hanya Helah Lama

2019-12-02 13:06:41  CRI
Share with:


Akta yang dikuatkuasakan Amerika Syarikat (AS) atas nama "hak asasi" dan "demokrasi" hanyalah satu helah lama untuk menyambung amalan hegemoninya.

Akta Hak Asasi dan Demokrasi Hong Kong 2019 yang diluluskan Kongres AS baru-baru ini, sekadar muslihat untuk mengganggu kemakmuran dan kestabilan Hong Kong, menjejaskan pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" dan mengekang pembangunan China.

China tidak akan membiarkan kuasa-kuasa luar bertindak sesuka hati di Hong Kong, dan akan mengambil langkah efektif untuk mencegah, mengawal dan melawan kegiatan yang berniat memisahkan, mensubversikan dan mensabotaj wilayah itu.

Sebarang percubaan untuk mengekang pembangunan China dan menghalang kebangkitan nusa dan bangsa ini dengan memperalat isu Hong Kong pasti gagal.

张宪