China, Iran Runding Isu Nuklear

2019-12-02 11:11:56  CRI
Share with:

China dan Iran mengadakan satu rundingan mengenai isu nuklear di Beijing semalam.

Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu dan rakan sejawatnya Seyed Abbas Araqchi telah bertukar-tukar pendapat secara mendalam mengenai situasi semasa isu nuklear Iran serta pelaksanaan perjanjian komprehensif yang berkenaan. 

Kedua-dua pihak bersetuju terus meningkatkan komunikasi dan kerjasama untuk memelihara kepentingan bersama kedua-dua negara bahkan masyarakat antarabangsa.

曹捷