Enam Lagi Negara Eropah Sertai INSTEX

2019-12-02 10:58:00  CRI
Share with:


Perancis, Jerman dan Britain telah mengalu-alukan enam lagi negara Eropah termasuk Belgium ke dalam mekanisme Alat Sokongan Pertukaran Perdagangan (INSTEX) dengan Iran.

Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan kelmarin menekankan pentingnya pelaksanaan menyeluruh perjanjian nuklear Iran, di samping menggesa Iran kembali ke pendirian asal dan mematuhi sepenuhnya perjanjian berkenaan.

Segala inisiatif termasuk mekanisme penyelesaian sengketa akan terus digalakkan di bawah rangka perjanjian nuklear Iran, dengan sokongan dari segi diplomatik bagi merungkai isu-isu yang berkaitan.

Perancis, Jerman dan Britain telah menubuhkan INSTEX dengan Iran pada awal tahun ini, yang merupakan saluran pembayaran di luar sistem kewangan global yang didominasi Amerika Syarikat (AS). 

INSTEX dipercayai akan membantu syarikat Eropah terus berdagang dengan Iran dengan mengelakkan sekatan AS terhadap negara itu.

张宪