PM Li, Presiden EC Hubung melalui Telefon

2019-12-02 13:13:07  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Presiden baharu Suruhanjaya Eropah (EC), Ursula von der Leyen berhubung melalui telefon malam semalam.

PM Li menyatakan, China sentiasa menyokong teguh proses integrasi Eropah. China dan Eropah komited kepada kepentingan yang sama. Komunikasi strategik dan kerjasama yang lebih intensif antara kedua-dua pihak akan membawa faedah kepada semua. 

Beliau menambah, China akan aktif menunaikan komitmennya dalam Persetujuan Paris dan menyumbang tenaga bagi menangani perubahan iklim melalui kerjasama dengan masyarakat antarabangsa termasuk Eropah.

Von der Leyen pula menyatakan, EC penggal baharu akan mengutamakan isu perubahan iklim. Pihaknya menyanjung tinggi usaha China dan bersedia meningkatkan kerjasama melibatkan perubahan iklim dan pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia, bagi mendorong perkembangan berterusan hubungan Eropah dan China.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷