Sidang Pemeterai UNFCC Dirasmikan

2019-12-03 12:36:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_298df9ef-ee64-476c-80a1-36e0149a5413


Sesi ke-25 persidangan pihak pemeterai Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) membuka tirai di Madrid semalam.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa masalah perubahan iklim telah memasuki fasa genting. 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_9f1eed55-baa6-4d23-b9ce-bb63ecb15eb5

Persidangan kali ini akan memfokuskan rundingan berkaitan isu-isu tertunggak seperti Fasal 6 Persetujuan Paris berhubung pasaran karbon, yang gagal diselesaikan pada sesi lalu.

Guterres menggesa semua pihak mengatasi perbezaan pendapat dan mencapai kata sepakat.

Naib ketua delegasi China, Lu Xinming dalam satu wawancara menyatakan pihaknya akan aktif menggalakkan selesainya rundingan mengenai peraturan pelaksanaan Persetujuan Paris. Usaha sama semua pihak untuk menangani perubahan iklim melalui tindakan konkrit dianggap tugas paling mendesak pada masa ini. 

Persidangan pihak pemeterai UNFCC dijadualkan berlangsung di ibu kota Sepanyol itu hingga 13 Disember.  

张宪