China Umum Sekatan terhadap AS

2019-12-03 11:43:00  CRI
Share with:

China mengumumkan sekatan terhadap Amerika Syarikat (AS) berikutan tindakan negara itu menguatkuasakan apa yang disebut Akta Hak Asasi dan Demokrasi Hong Kong. 

Jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam menyatakan, kerajaan China memutuskan menggantung permohonan kapal perang AS untuk singgah di Hong Kong.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) AS yang bertingkah laku buruk dalam urusan pemindaan ordinan berkenaan juga dikenakan sekatan, antaranya termasuk National Endowment for Democracy, National Democratic Institute for International Affairs, International Republican Institute, Human Rights Watch dan Freedom House.

Hua menyatakan, banyak fakta dan bukti menunjukkan NGO AS menyokong perusuh di Hong Kong melalui pelbagai cara, dan giat menghasut mereka bertindak keras untuk memisahkan Hong Kong daripada tanah air China. 

NGO terbabit bertanggungjawab terhadap situasi huru-hara semasa di Hong Kong dan mesti menanggung akibatnya.

曹捷