Sokong Kekerasan Pasti Dikecam

2019-12-03 14:04:09  CRI
Share with:


Pada detik genting untuk menghentikan kekerasan dan memulihkan order di Hong Kong, Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan pula Akta Hak Asasi dan Demokrasi yang memberi perlindungan kepada perusuh dan mengancam mereka yang menjunjung keadilan.

Terlihat jelas niat AS untuk mengacau-bilaukan Hong Kong bagi mengekang pembangunan China.

Pertubuhan bukan kerajaan National Endowment for Democracy (NED) yang membiayai perusuh di Hong Kong, telah sekian lama melakukan “revolusi warna” di serata dunia atas nama "hak asasi" dan "demokrasi" hinggakan lebih 100 negara dan wilayah menjadi mangsa.

Tidak cukup sekadar melawan arus sezaman, politikus AS bertindak mengacau-bilaukan Hong Kong malah membiarkan "virus" kekerasan merebak ke tempat-tempat lain di dunia.

Perbuatan seumpama pasti dikecam keras rakyat China termasuk penduduk Hong Kong, bahkan masyarakat antarabangsa.

张宪