Pelan Integrasi Suntik Kedinamikan Baharu

2019-12-03 11:46:46  CRI
Share with:

Pelan integrasi kawasan Delta Sungai Yangtze yang diumumkan China baru-baru ini, menyasarkan pembangunan lebih terselaras melibatkan provinsi, bandar dan desa. Usaha berkenaan khusus menumpukan bidang sains dan teknologi, infrastruktur, persekitaran ekologi dan perkhidmatan awam.

Untuk menjayakan pembangunan terselaras, sebuah mekanisme keinstitusian akan dibentuk dengan menyeluruh.

Pelan berkenaan juga menyarankan, kadar urbanisasi populasi penduduk di kawasan delta tersebut mencecah 70% menjelang 2025, sementara liputan rangkaian telekomunikasi 5G merangkumi 80% kawasan itu.

曹捷