AS Rancang Naikkan Tarif Produk Perancis

2019-12-04 15:07:26  CRI
Share with:

Wakil Perdagangan AS (USTR), Robert Lighthizer kelmarin menyatakan dasar cukai perkhidmatan digital yang diamalkan Perancis "mendiskriminasi" pengusaha Internet AS.

Lighthizer menyarankan agar AS mengenakan tarif 100% terhadap produk champagne, keju dan beg tangan keluaran Perancis yang bernilai USD2.4 bilion (RM10 bilion), setelah mengambil kira "kerugian" yang dialami pihak sendiri.

Pejabat USTR juga sedang menimbangkan untuk menjalankan siasatan terhadap cukai perkhidmatan digital di Austria, Itali dan Turki.

高蕾