Duterte Terima Watikah Duta Baharu China

2019-12-05 11:25:57  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_88245a3c-c5de-4af6-9764-b5c1dc0ffd98


Duta Besar China ke Filipina yang baharu, Huang Xilian menyerahkan watikah pelantikannya kepada Rodrigo Duterte di Pejabat Presiden Filipina semalam.

Dalam pertemuan yang diadakan seterusnya, Huang berkata beliau akan berusaha melaksanakan konsensus antara pemimpin kedua-dua negara serta meningkatkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelan "Bina, Bina, Bina", supaya memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. 

Duterte pula berharap China dapat terus menyokong pelan pembangunan berkenaan, meningkatkan pelaburan dan membantu pembangunan sosioekonomi Filipina, sambil mempererat hubungan antara satu sama lain.

张宪