Kelulusan Akta AS Dikutuk

2019-12-09 13:24:27  CRI
Share with:

Akta Dasar Hak Asasi Uygur 2019 yang diluluskan Kongres Amerika Syarikat (AS) dikatakan satu campur tangan terhadap urusan dalaman China.

Masyarakat antarabangsa menganggap akta itu sengaja memburuk-burukkan situasi hak asasi di Xinjiang serta usaha China menghapuskan keganasan dan ekstremisme, mendedahkan dwistandard yang diamalkan AS dalam isu antikeganasan. 

Kementerian Luar Syria dalam satu kenyataan mengutuk kelulusan akta terbabit kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan mencampuri hal ehwal domestik China. Komitmen kerajaan China untuk memerangi "tiga anasir" iaitu ekstremisme, pemisahan dan keganasan, turut menyumbang kepada perjuangan serupa antarabangsa.

Kementerian Luar Iran pula menyatakan, sebuah negara seperti AS yang pernah menyebabkan penghapusan penduduk asli di tanah sendiri, menghambakan penduduk Afrika serta melakukan pembunuhan di negara lain termasuk Afghanistan, Iraq, Syria, Libya dan Yaman, tidak layak bersuara tentang hak asasi dan isu kaum di negara lain.

胡星