Wang Yi Temu Aung San Suu Kyi

2019-12-09 14:20:29  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Penasihat Negara merangkap Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi di Naypyidaw kelmarin.

Wang Yi berkata, China komited menggalakkan pembinaan koridor ekonomi dengan Mynamar dari fasa konsep ke fasa pembinaan substantif, hingga menjadikannya ikon dalam kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara kedua-dua negara. 

Pembangunan China akan membawa peluang kepada dunia, khususnya negara-negara jirannya. 

Aung San Suu Kyi pula berkata, kedua-dua negara perlu mempergiat interaksi peringkat tinggi, bersama-sama membina BRI, membangunkan koridor ekonomi dan mempergiat kerjasama pragmatik dalam pelbagai sektor. 

Myanmar komited memperkukuh komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam isu-isu antarabangsa dan serantau, sambil seiringan mempertahankan semangat Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

覃淼