Galas Proses Damai Berdasarkan Norma

2019-12-09 14:53:31  CRI
Share with:

Semua negara terlibat perlu menggalakkan proses damai Asia Barat berdasarkan norma antarabangsa, kata
utusan khas kerajaan China atas isu Asia Barat, Zhai Jun ketika melawat ke Palestin semalam.

Beliau berkata, China berpendirian bahawa perselisihan antara Palestin dan Israel harus diselesaikan mengikut "pelan dua negara", melalui dialog dan rundingan yang sama rata, serta berdasarkan resolusi berkenaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), prinsip "tanah untuk kedamaian" dan konsensus antarabangsa seperti Inisiatif Kedamaian Arab.

Tambahnya, China menyokong rakyat Palestin memperjuangkan hak bangsa serta menubuhkan negara yang berdaulat dan merdeka berasaskan garis sempadan yang ditetapkan pada 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.

徐国玮