China, Thailand Jalin Kerjasama Kesihatan

2019-12-09 13:25:39  CRI
Share with:

China dan Thailand telah mengikat satu kerjasama kesihatan di bawah program dana khas Kerjasama Lancang-Mekong di Bangkok pada 6 Disember.

Perjanjian ditandatangani Duta Besar China, Lyu Jian dan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand, Soranit Siltharm.

Lyu Jian menyatakan, China bersedia memperhebat pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit bersama-sama negara-negara di lembangan sungai Mekong termasuk Thailand.

Dua projek yang dipersetujui iaitu kursus latihan pengesanan awal keselamatan makanan serta pencegahan dan pengawalan penyakit fluk hati berkaitan langsung dengan kesihatan penduduk tempatan. China menanti-nantikan dua projek tersebut membuahkan hasil seawal mungkin.

Soranit Siltharm menyatakan terima kasih atas sokongan China. Beliau berkata projek berkenaan dipercayai akan membawa faedah kepada penduduk tempatan dan membantu membina sebuah jaringan kesihatan yang mampan.

胡星