AS Digesa Tunai Komitmen Hak Asasi

2019-12-10 14:05:14  CRI
Share with:

China telah menyuarakan rasa terkejut dan bimbang mengenai masalah pencabulan hak asasi yang berlaku di Amerika Syarikat dan sesetengah negara Kesatuan Eropah (EU).

Baru-baru ini, beberapa agensi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan dan ulasan yang menunjukkan berlakunya masalah tersebut, termasuk penahanan kanak-kanak migran secara haram.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam satu taklimat media semalam menyatakan, keadaan hak asasi di AS dan sesetengah negara EU semakin serius pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Tindakan AS menahan kanak-kanak migran melanggar undang-undang antarabangsa yang melarang "layanan kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina".

AS diharap dapat menunaikan komitmen berkaitan hak asasi, melindungi hak asas terutamanya yang melibatkan golongan lemah, dan menyumbang kepada kemajuan hak asasi sejagat.

胡星