Thailand Sokong Jaga Ketenteraman HK

2019-12-10 14:10:31  CRI
Share with:

Bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi Parti Demokrat Thailand, Abhisit Vejjajiva menyatakan pihaknya menyokong tekad kerajaan China untuk memelihara kemakmuran dan ketenteraman di wilayah Hong Kong.

Berhubung akta melibatkan Hong Kong yang diluluskan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, beliau menyatakan tindakan AS itu satu campur tangan terhadap hal ehwal dalaman China. Undang-undang yang digubal oleh AS sendiri tidak sah dikuatkuasakan ke atas negara lain. 

Katanya, AS sentiasa mengambil kaedah undang-undang atau ekonomi jika timbul isu berkaitan demokrasi, hak asasi, harta intelek dan buruh, dan mengamalkan unilateralisme untuk menyelesaikan sebarang masalah, bukannya saluran multilateral atau PBB. 

Thailand baru diperlakukan sedemikian, apabila AS tiba-tiba membatalkan layanan sistem keutamaan am (GSP) terhadap lebih 500 jenis produk keluarannya.

覃淼