AS Dinasihati Jangan Cari Musuh

2019-12-10 15:22:35  CRI
Share with:

China sentiasa berpegang pada jalan pembangunan secara damai dan mengamalkan dasar pertahanan yang bersifat defensif.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berujar demikian semalam sebagai respons kepada kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper baru-baru ini.

AS digesa menyingkirkan mentaliti Perang Dingin yang sudah ketinggalan zaman, dan jangan mencari atau membuat musuh di merata-rata tempat.

Terdahulu, Esper mendakwa Rusia dan China mahu mendapatkan kuasa veto terhadap pertimbangan ekonomi dan keselamatan negara-negara kecil. 

Kata Esper, walaupun ancaman keselamatan di Asia Barat semakin meruncing, pihaknya tetap akan mengalih fokus ketenteraan kepada persaingan dengan China dan Rusia.

Hua menekankan, bajet pertahanan AS mewakili 3.5% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sendiri dan bersamaan lebih 40% perbelanjaan pertahanan sedunia. Sedangkan, bajet pertahanan China tidak sampai 2% KDNK sendiri, lebih rendah daripada kadar 2.6% yang menjadi purata dunia. 


Pembangunan pasukan pertahanan China bertujuan memelihara perpaduan, keutuhan wilayah dan kepentingan pembangunan negara, serta kedamaian dan keselamatan rantau dan antarabangsa.

徐国玮