Dewan Perundangan Patuh Undang-undang Asas

2019-12-11 13:24:36  CRI
Share with:

Dewan Perundangan Wilayah Pentadbiran Khas Makau akan menjalankan fungsi dan kuasa dengan mematuhi Undang-undang Asas secara ketat.
 
Pengerusi Dewan Perundangan, Kou Hoi In ketika diwawancara baru-baru ini menyatakan sejak Makau kembali ke pangkuan tanah air, pihaknya bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan bagi memacu pembangunan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan penduduk.

Setakat bulan lepas, Dewan Perundangan telah menguatkuasakan 290 undang-undang yang melibatkan pelbagai aspek kehidupan sosial. 

Kou berkata, pihaknya menyokong kerajaan Makau menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang, dan akan terus berusaha bersama-sama demi kemajuan seluruh wilayah.

覃淼