Kongres Umum Dakwaan terhadap Trump

2019-12-11 14:16:27  CRI
Share with:

Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan Kongres Amerika Syarikat (AS) mengumumkan dua dakwaan terhadap Presiden Donald Trump semalam.

Pengerusi jawatankuasa, Jerry Nadler dalam satu taklimat media menyatakan siasatan terkini mendapati Trump pernah memberi tekanan kepada kerajaan Ukraine supaya negara itu campur tangan dalam pilihan raya presiden AS pada tahun depan.

Tindakan itu merupakan "penggunaan kuasa untuk keuntungan peribadi yang tidak sesuai".

Trump juga dikatakan telah meletakkan dirinya di atas undang-undang, menghina siasatan terhadapnya dan menghalang kerja-kerja siasatan berkenaan oleh Kongres.

胡星